Storan Telefon Anda Penuh Mungkin Sebab Telegram, Ini Cara Selesaikannya

Tak kisah sama ada Android atau iOS, kadangkala masalah storan (storage) disumbangkan oleh Telegram. Hal ini kerana segala media terutamanya bersaiz besar tidak dipadam dari storan.

Tambah pula kebanyakan daripada kita sering memuat turun filem dan siri yang bersaiz besar, pastinya memakan saiz yang banyak daripada storan.

Kali ini, kami kongsikan cara memadam media-media seperti gambar, audio dan video daripada storan telefon anda.

Jangan risau, walaupun ia hilang daripada telefon tapi kekal dalam chat Telegram anda. Jadi, sekiranya anda mahu dapatkannya semula, muat turun sahaja.

  1. Buka Telegram, masuk ke 'Settings'.

  2. Tekan 'Data and Storage' atau 'Data dan Storan'.

  3. Tekan 'Storage Usage' atau 'Kegunaan Storan'.

  4. Tekan 'Clear Telegram Cache' atau 'Padam Kac Telegram'.

  5. Tekan 'Clear Local Database' atau 'Padam Pengkalan Data Tempatan', jika ada).


Selesai.



Tidak cukup dengan itu, di bawah kami kongsikan lagi cara supaya Telegram menghapuskan semua fail media daripada storan telefon secara automatik.

Seperti penyelesaian di atas juga, fail tersebut hanya dipadam daripada 'storage' telefon tapi anda boleh muat turunnya semula dalam chat Telegram.

  1. Buka Telegram, masuk ke 'Settings'.

  2. 'Data and Storage' atau 'Data dan Storan'.

  3. 'Storage Usage 'atau 'Kegunaan Storan'.


Pada 'Keep Media' atau 'Simpan Media', pilih tempoh yang anda mahu. Contohnya 3 hari, maka Telegram hanya akan menyimpan fail media tersebut selama 3 hari kemudian ia akan hilang daripada storan telefon.

Jika anda tidak mahu tetapkan berdasarkan tempoh, anda boleh pilih untuk tetapkan berdasarkan saiz.

Di 'Maximum Cache Size' atau 'Saiz Kac Maxima', pilih antara 5GB hingga 50GB. Secara peribadi saya memilih 5GB kerana saiz itu sudah cukup besar. Jika fail mencecah lenih 5GB, Telegram secara automatik akan padam semua fail.

Jelas sekali terjemahan dalam Telagram sangat tidak tepat namun inilah seadanya.

Jika anda mahukan tip dan petua yang lain, tinggalkan di ruang komen.

{suggest}

Berkaitan