Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cobot AX6

Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk ‘Cleanroom’ Di Asia Tenggara

Diterbitkan November 6, 2026 ยท Dikemas kini November 6, 2026 oleh ariff bukhari

Epson melancarkan robot kolaboratif (cobot) pertamanya, AX6, di Asia Tenggara untuk menyokong automasi yang selamat, fleksibel, dan cekap di persekitaran bilik bersih (cleanroom).

Pelancaran ini menyasarkan sektor farmaseutikal, logistik, automotif, dan pembuatan elektronik.

Dengan berat hanya 17 kg, AX6 merupakan cobot terbilang paling ringan dalam kelasnya.

Reka bentuk badannya yang kompak dan berasaskan karbon membolehkannya beroperasi di kawasan terhad, selain menyokong integrasi bersama robot mudah alih autonomi (AMR) dan kenderaan berpandu automatik (AGV).

Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk ‘Cleanroom’ Di Asia Tenggara

Bagi memenuhi standard kebersihan tinggi, AX6 hadir dengan klasifikasi bilik bersih ISO Class 5, perlindungan IP54, serta permukaan tanpa skru bagi mengurangkan risiko pencemaran.

AX6 diupayakan dengan fungsi pengajaran bimbingan tangan (hand-guided teaching) dan pengaturcaraan blok yang memudahkan pengguna baharu mengendalikan alur kerja automatikasi.

Selain itu, ia menyokong integrasi bahasa Python dan Robot Operating System (ROS) untuk tugasan yang lebih kompleks.

Kini, AX6 boleh didapati di pasaran Malaysia menerusi pengedar sah Epson.

Berkaitan

  • Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
©2026 WISER.MY