Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp to Telegram

Cara Import Perbualan Daripada WhatsApp Ke Telegram Untuk Peranti Android

Diterbitkan Januari 29, 2021 · Dikemas kini Januari 29, 2021 oleh Amalina Athman

Semalam, Telegram telah melepaskan kemas kini terbaru yang membolehkan pengguna mengimport perbualan daripada mana-mana aplikasi seperti KakaoTalk, WhatsApp ke Telegram.

Bagaimanapun, ianya hanya terhad kepada peranti iOS sahaja ketika itu. Kini, peranti Android mula menerima ciri yang sama dan membolehkan pengguna mengimport perbualan daripada WhatsApp ke Telegram.

Cara ini juga membolehkan anda beralih ke Telegram dengan tanpa perlu kehilangan perbualan lama di WhatsApp.

Berikut adalah cara untuk memindahkan perbualan ke Telegram bagi versi peranti Android.

Cara import perbualan daripada WhatsApp ke Telegram

Cara mengimport perbualan daripada WhatsApp ke Telegram menggunakan peranti Android adalah tidak terlalu berbeza berbanding peranti iOS. Bagaimanapun, disediakan beberapa langkah untuk lebih mudah difahami.

1. Pergi ke WhatsApp, pilih mana-mana kumpulan (group) atau perbualan individu. Tekan pada butang “tiga titik” dan pilih “More”.

Cara Import Perbualan Daripada WhatsApp Ke Telegram Untuk Peranti Android

2. Kemudian, klik pada “Export Chat” dan pilih sama ada ingin melakukan export bersama media atau tanpa media.

cara import WhatsApp ke Telegram Android

3. Di bahagian Share Menu, pilih Telegram. 

cara import WhatsApp ke Telegram Android

4. Seterusnya, anda akan dibawakan ke tetingkap aplikasi Telegram. Di bahagian ini, anda boleh memilih sama ada ingin mengimport perbualan ke kumpulan baru ( tekan pada “Create New Group”), kumpulan sedia ada, perbualan individu atau Saved Messages. Setelah itu, tekan pada “Import”.

cara import WhatsApp ke Telegram Android

5. Anda perlu mengekalkan tetingkap tersebut sehingga proses mengimport perbualan selesai dilakukan.

Cara Import Perbualan Daripada WhatsApp Ke Telegram Untuk Peranti Android

Setelah selesai, tekan pada “Done” dan semua perbualan di WhatsApp akan dipaparkan di kumpulan baru Telegram. Perbualan yang telah diimport juga akan ditandakan sebagai “Imported”.

Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY