Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia

Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia

Diterbitkan November 5, 2026 ยท Dikemas kini November 5, 2026 oleh ariff bukhari

Balai Cerap Neil Gehrels Swift milik NASA secara rasminya telah menamatkan operasinya apabila ia memasuki semula atmosfera Bumi selepas hampir 22 tahun berada di angkasa lepas.

Satelit berbilang panjang gelombang yang dilancarkan pada tahun 2004 ini pada asalnya hanya direka untuk misi utama selama dua tahun bagi mengkaji letupan paling berkuasa di alam semesta, iaitu letupan sinar gama (gamma-ray bursts).

Tentera Angkasa AS mengesahkan bahawa Balai Cerap Swift telah memasuki semula atmosfera Bumi pada hari Rabu jam 7:39 pagi EST di ruang udara kawasan Sumatera Utara, Indonesia.

Pihak NASA menjangkakan sebahagian besar komponen kapal angkasa tersebut telah terbakar sepenuhnya semasa melalui atmosfera, walaupun beberapa komponen kecil berkemungkinan terselamat daripada proses kemasukan semula itu.

Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
Swift menjalankan pemerhatian terakhirnya pada 20 Oktober lalu. Foto menunjukkan Swift yang telah siap di dalam bilik bersih di NASA Goddard pada 9 September 2003.

Keberadaan satelit itu di orbit rendah Bumi menyebabkan ia terdedah kepada seretan atmosfera, yang semakin meningkat berikutan aktiviti matahari baru-baru ini.

Walaupun usaha menyelamat dan menaikkan semula orbit telah diteliti, misi servis berisiko tinggi tersebut berakhir pada Ogos tanpa sebarang percubaan menaikkan balai cerap itu.

Pasukan operasi kemudian memulakan semula pemerhatian sains sebelum satelit memasuki mod selamat pada 20 Oktober apabila ia mencapai ketinggian 275 kilometer.

Sepanjang dua dekad operasinya, Swift meninggalkan warisan sains yang tidak ternilai dengan merakam pelbagai fenomena astronomi, daripada lubang hitam supermasif, komet, supernova, sehinggalah asteroid di dalam sistem suria kita.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • 3 Game Need for Speed Klasik Kini Boleh Dimainkan Terus Dalam Pelayar Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
©2026 WISER.MY