Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lexar Muse

Storan SSD Mudah Alih Ternipis Di Dunia Dipadankan Bersama iPhone 18 Pro

Diterbitkan September 14, 2026 · Dikemas kini September 14, 2026 oleh ariff bukhari

Lexar meraikan ulang tahun ke-30 mereka dengan pelancaran Muse, storan SSD mudah alih paling nipis di dunia di pameran teknologi IFA Berlin 2026.

Dengan ketebalan hanya 3.8 mm dan berat 26.5 gram serta reka bentuk menyerupai kad, Muse tampil dengan badan logam unibody yang diproses dengan ketepatan memberikan ketahanan premium, manakala sarung magnetik dan kabel SnapLink menjadikan sambungan lebih mudah dan elegan.

Storan SSD Mudah Alih Ternipis Di Dunia Dipadankan Bersama iPhone 18 Pro
Perbandingan ketebalan Lexar Muse dengan model iPhone terbaharu.

Dari segi prestasi, Muse menawarkan kelajuan baca sehingga 1,050 MB/s dan tulis sehingga 1,000 MB/s, sesuai untuk rakaman video 4K ProRes secara terus dari iPhone, iPad, atau Mac.

Muse serasi dengan telefon pintar USB-C, termasuklah siri iPhone 15, iPhone 16 dan iPhone 17, serta PC, Mac, tablet, iPad dan banyak lagi.

Produk ini jelas menyasarkan pengguna kreatif, profesional media, dan pencinta teknologi yang mahukan storan pantas, ringan, dan bergaya.

Storan SSD Mudah Alih Ternipis Di Dunia Dipadankan Bersama iPhone 18 Pro
Lexar Muse bersama model terbaru iPhone 18 Pro yang baru dilancarkan.
Storan SSD Mudah Alih Ternipis Di Dunia Dipadankan Bersama iPhone 18 Pro

Buat masa ini, Lexar hanya memaklumkan Muse akan  tersedia bermula suku keempat 2026 dalam kapasiti 512GB dan 1TB dengan harga jualan yang belum diumumkan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Samsung Lancar Storan SSD 990 Baharu, Harga Dari RM1,069 Hingga RM2,111
  • Logitech Perkenalkan MX Keypad, Pusat Kawalan AI Khusus Untuk Pembangun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY