SSD T7 Touch mempunyai pengimbas cap jari yang terbina untuk melindungi fail anda, sebagai tambahan kepada peningkatan biasa untuk memindahkan fail.
Ia memberi pilihan kepada anda untuk melindungi data dengan keselamatan biometrik walaupun anda menggunakan komputer riba yang tidak mempunyai pengimbas cap jari. Menurut Samsung, anda boleh mendaftar sehingga empat cap jari yang berbeza dengan T7 Touch, bermakna dengan mudah anda dapat berkongsi drive tersebut dengan sesiapa sahaja seperti rakan sekerja dan sebagainya.
Antara ciri lain dalam T7 Touch termasuk cahaya lampu LED yang yang membolehkan anda mengetahui jika drive sedang membaca atau memindahkan data. Samsung juga telah meningkatkan kelajuan write sehingga 1,000MB/s dan read sehingga 1,050MB/s, iaitu dua kali ganda lebih laju dari model sebelumnya, SSD T5. Ini kerana, T7 Touch menggunakan antara muka penyimpanan PCI Express NVM.
SSD ini boleh digunakan pada Mac, PC, dan peranti Android. Ia dilengkapi dengan satu port USB-C, yang boleh disambung sama ada USB-C ke USB-C atau USB-C ke kabel USB-A. T7 Touch didatangkan dengan kerangka aluminium dan mempunyai berat hanya sekitar 57 gram.
SSD T7 Touch akan mula dijual pada akhir bulan ini di lebih 30 buah negara. Ia boleh didapati dengan harga $ 129.99 (~ RM 530) untuk model 500GB, $ 229.99 (~ RM 940) untuk 1TB, dan $ 399.99 (~ RM 1,600) untuk versi 2TB. Versi T7 Touch tanpa pengimbas cap jari iaitu T7, dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=K8QF7dnpxTY[/embed]
Sumber: PCMag, Samsung
Berkaitan
- Samsung Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Galaxy S24
- Samsung Dilapor Mendedahkan Data Peribadi Pengguna
- Telefon Boleh Lipat Google, Xiaomi Dan OPPO Dilapor Akan Dilengkapi Panel OLED Dari Samsung
- Samsung Galaxy Z Fold2 Diperkenal Dengan Paparan Skrin Lebih Luas
- Dokumentasi Siri Galaxy S21 Sahkan Samsung Akan Mengikut Langkah Apple - Tidak Sertakan Pengecas Dalam Kotak
- Pembayaran Tempat Letak Kereta Di WPKL Kini Boleh Dibuat Menggunakan Touch 'n Go eWallet
- Samsung Galaxy A32, A52, A72 Rasmi Untuk Jualan Di Malaysia, Harga Bermula RM1099
- Samsung Galaxy Z Fold2 Dilancar Secara Rasmi - Paparan Lebih Luas, Dijana Cip Snapdragon 865+
- Samsung Perkenal Galaxy Fit 2 - Penjejak Kecergasan Dengan Ketahanan Bateri 15 Hari
- Samsung 'Ajak' Pengguna iPhone Cuba Galaxy Tanpa Tukar Peranti