Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

Ciri Paling Dinantikan Di Status WhatsApp Akan Tersedia Tak Lama Lagi

Diterbitkan Mac 19, 2024 ยท Dikemas kini Mac 19, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang menguji ciri paling dinanti-nantikan oleh sejumlah pengguna, iaitu sokongan perkongsian Status WhatsApp sehingga 1 minit.

Ciri ini telah pun tersedia kepada pengguna Android dengan versi WhatsApp beta 2.24.7.6 di Google Play Store.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • WhatsApp Versi Android Mula Sekat 'Screenshot' Gambar Profil
  • Status WhatsApp Kelak Akan Terima Ciri Baharu Seperti Instagram Stories

Seperti dikongsi dalam tangkap layar, WhatsApp kini memanjangkan tempoh Status daripada had sebelumnya iaitu 30 saat kepada 1 minit. Namun, perlu diketahui ia mungkin memerlukan kemas kini WhatsApp untuk melihat perkongsian video lebih panjang itu.

status whatsapp video 1 minit

Sejak Instagram Stories memperkenalkan muat naik video sehingga 1 minit, pengguna WhatsApp juga mahukan keupayaan yang serupa tersedia di Status. Dengan had 30 saat sebelum ini, pengguna terpaksa mengemas kini dua hingga ke tiga status untuk berkongsi video yang lebih panjang.

Kini, dengan tempoh satu minit, pengguna mempunyai kebebasan untuk berkongsi kandungan video yang lebih panjang tanpa memerlukan suntingan yang menyusahkan dan sebagainya.

Dengan menyertakan ciri ini kelak, ia juga menunjukkan komitmen WhatsApp terhadap maklum balas dan permintaan pengguna.

Seperti biasa, buat masa ini ciri perkongsian Status WhatsApp sehingga 1 minit hanya tersedia kepada beberapa penguji beta. Ia dijangka tersedia untuk lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY