Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Akan Gunakan Data Pengguna Untuk Iklan Pada Podcasts

Spotify Sahkan Tindakan Perketat Perkongsian Pelan Family, Tapi Anggapnya Sebagai ‘Penambahbaikan Rutin’

Diterbitkan Oktober 23, 2026 · Dikemas kini Oktober 23, 2026 oleh Amalina Athman

Spotify mengesahkan laporan mengenai tindakan memperketat perkongsian pelan Family ketika panggilan pendapatan suku ketiganya bersama pelabur.

Bagaimanapun, syarikat itu menyifatkan langkah berkenaan sebagai “penambahbaikan rutin” kepada kaedah pengesahan sedia ada, bukannya crackdown atau tindakan keras terhadap perkongsian pelan.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa laporan menyatakan Spotify sedang memperkenalkan kaedah pengesahan menggunakan kod QR untuk memastikan ahli pelan Family tinggal di alamat yang sama dengan pengurus pelan.

Melalui kaedah ini, kod QR akan dipaparkan pada telefon pengurus pelan sebelum ahli mengimbasnya menggunakan telefon sendiri. Berdasarkan halaman sokongan Spotify, ahli perlu melengkapkan pengesahan dalam tempoh tujuh hari selepas menerima pemberitahuan.

Sekiranya terlepas tempoh tersebut, mereka tidak boleh menyertai pelan Family atau Duo lain selama 12 bulan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu oleh seorang pelabur, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Spotify, Alex Norström, berkata kaedah pengesahan perlu terus ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menangani kelemahan yang mungkin wujud.

“Family Plan telah wujud sejak sekian lama. Saya rasa, kini sudah hampir 12 atau 13 tahun sejak ia diperkenalkan dalam sejarah Spotify, dan pelan ini merangkumi sebahagian yang agak besar daripada keseluruhan pelanggan kami. Oleh itu, penting bagi kami untuk memastikan kaedah pengesahan yang digunakan terus ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya seperti dilaporkan 9to5Google.

Norström turut menjelaskan usaha mengesahkan pengguna dengan lebih baik bukannya sesuatu yang mempunyai tarikh luput atau boleh diselesaikan sepenuhnya. Sebaliknya, ia dianggap sebagai penambahbaikan rutin yang berterusan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Spotify Perkenal Ciri AI Baharu, Pengguna Kini Boleh 'Berbual' Terus Dalam Aplikasi
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Pelanggan Spotify Berbayar Bakal Cecah 312 Juta, Pendapatan Turut Meningkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
  • Cara Lapor Kesalahan Merokok Melalui 'MyLapor'
  • Finland Luluskan Lesen Tapak Pelupusan Sisa Nuklear Pertama Di Dunia, Radiasi Kekal Sehingga 100,000 Tahun
  • Waze Nafi Dakwaan Kumpul Maklumat Sensitif Kerajaan
  • Pelanggan Spotify Berbayar Bakal Cecah 312 Juta, Pendapatan Turut Meningkat
  • Sony Dilapor Tamatkan Pengeluaran Pemain UHD Blu-ray
©2026 WISER.MY