Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Spesies Kucing Baharu Ditemui Selepas Lebih 100 Tahun, Berisiko Pupus Dalam Masa Terdekat

Posted on September 18, 2026September 18, 2026

Ahli saintis telah menemui spesies kucing liar baharu buat kali pertama dalam tempoh lebih seabad, kata seorang penyelidik Bolivia kepada AFP pada Khamis.

Kucing harimau Tilcayo, sejenis felid bersaiz kecil dengan bulu berbintik seakan-akan harimau bintang, telah dikenal pasti di kawasan pergunungan Yungas berhampiran ibu negara La Paz.

Penduduk tempatan yang melihat haiwan itu di pergunungan Andes Bolivia sebelum ini menyangkakannya sebagai kucing rumah biasa, kata ahli biologi dan pengembara National Geographic, Paola Nogales-Ascarrunz, yang merupakan sebahagian daripada pasukan penyelidik kajian berkenaan.

Nama panggilan “tilcayo” yang diberikan oleh penduduk tempatan telah mengilhamkan penamaan saintifik baharu bagi haiwan tersebut: Leopardus tilcayo.

Nogales-Ascarrunz memuji penemuan itu sebagai satu “peristiwa luar biasa, kerana tiada spesies kucing liar baharu yang pernah diuraikan sejak 100 tahun lalu.”

Kucing ini merupakan felid baharu pertama yang ditemui sejak kucing pampas Uruguay pada tahun 1923.

Tilcayo bersaiz kecil sedikit berbanding kucing domestik, berukuran kira-kira 45 sentimeter (18 inci) panjang, dan mempunyai telinga yang bulat.

Sepasang tilcayo, satu-satunya haiwan seumpamanya yang ditemui setakat ini telah menjalani pemujukan genom lengkap (whole genome sequencing), kata Nogales-Ascarrunz, merujuk kepada jenis ujian genetik secara mendalam.

Kucing tilcayo jantan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan haiwan di Yungas selepas diserahkan oleh sebuah keluarga yang membela haiwan tersebut sebelum ini.

Kucing betina pula berjaya diselamatkan dan dilepaskan semula ke alam liar selepas diserang oleh penduduk tempatan.

Penyelidikan mengenai spesies ini telah diterbitkan pada Khamis dalam jurnal Current Biology, sekali gus memuncak perjalanan kajian yang dimulakan oleh para saintis sejak tahun 2021.

 

“Setakat ini, ia hanya dikesan di Bolivia” dan tidak ditemui di “mana-mana tempat lain di planet ini,” kata Nogales-Ascarrunz.

Beliau menambah bahawa haiwan berkenaan diklasifikasikan sebagai terancam terhadap kepupusan, namun jumlahnya yang sedikit bermakna ia boleh dianggap berada pada “risiko yang jauh lebih besar” untuk pupus dalam masa terdekat. – AFP

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress