Spesifikasi Xiaomi Pocophone F1 Sudah Terlihat, Cip Snapdragon 845 Dan Rakaman Foto Low-Light Yang Lebih Baik

Baru-baru ini kedengaran Xiaomi akan mengeluarkan satu siri baru iaitu "Pocophone".

Dalam siri tersebut, sebuah model dikenali sebagai F1 akan ditampilkan dengan cip pemprosesan berkuasa iaitu Snapdragon 845.

Terdapat laporan sebelum ini menyatakan Xiaomi bakal hadir dengan lima peranti dilengkapi bersama Snapdragon 845, iaitu Xiaomi Mi Mix 2S, Xiaomi Mi 8, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition, Xiaomi Black Shark, dan Xiaomi Pocophone F1.

Empat daripada lima telefon pintar berkenaan telah pun dilancarkan meninggalkan sebuah lagi model iaitu Pocophone F1.

Dikhabarkan lagi, ia mungkin peranti dengan Snapdragon 845 paling murah dipasaran dengan jangkaan pasaran awal yang akan ditembusi adalah timur Eropah dan juga India.



Berdasarkan informasi pensijilan Bluetooth yang tertiris, Pocophone F1 membawakan memori RAM 6GB dengan ruang simpanan data sebesar 64GB. Terdapat juga variasi 8GB/128GB.

Selain itu, untuk dwi kamera utama, ia menggunapakai lensa 12MP disamping 5MP dengan tetapan 1.4µm piksel dan autofokus dwi piksel pada sensor utama.

Panel hadapan terletaknya kamera swafoto 20MP yang dikatakan mempunyai sokongan teknologi Super Pixel. Melaluinya, rakaman gambar pada keadaan pencahayaan rendah dapat memberikan hasil yang lebih baik.

Berukuran 5.99 inci, Pocophone F1 mungkin juga akan diberi nama lain sewaktu dilancarkan nanti. Buat masa sekarang tiada lagi maklumat rasmi yang dikongsi oleh Xiaomi dan mari kita sama-sama nantikannya.

Sumber:GSM Arena