Spesifikasi Mi 6 Dan Mi 6 Plus Tertiris

Dalam pada kita menantikan kemunculan Samsung Galaxy S8 dan S8+ dilancarkan 29 Mac ini, satu lagi jenama yang tidak kurang hebatnya bakal muncul di pasaran tidak lama lagi.

Xiaomi dijangkakan bakal mengumumkan dua buah peranti, Mi 6 dan Mi 6 Plus pada bulan hadapan.

Sebuah imej memaparkan spesifikasi kedua-dua buah model itu telah tertiris dan jika diteliti ia mampu mendapat sambutan hangat seluruh dunia.

Yiaomi-Mi-6-leak

Harga pasaran bagi model-model ini belum dapat dipastikan lagi tetapi ramai sudah mengetahui Xiaomi mengeluarkan peranti berkuasa dengan harga mampu milik.

Selagi ia tidak diumum secara rasmi, spesifikasi ini kekal sebagai khabar angin dan mari kita sama-sama nantikan kemunculan telefon pintar ini.

Sumber: Android Authority