Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-08-02 at 1.05.44 PM

Imej Xiaomi Mi 8 Explorer Dengan Takuk Kecil Mula Berlegar Di Internet

Diterbitkan Ogos 2, 2018 · Dikemas kini Ogos 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

Xiaomi membawakan kelainan pada model Xiaomi Mi 8 Explorer dengan panel belakang lut sinar yang menampakkan papan induk didalamnya.

Dilancarkan lebih kurang 3 bulan yang lalu, dah sudah terjual sekitar 1 juta unit setakat pertengahan bulan Julai lalu.

Kini, sebuah lagi Mi 8 Explorer tetapi dengan takuk yang lebih kecil mula diperkatakan di internet.18022670-z (1)

 

Imej yang diperolehi daripada laman TEENA itu menunjukkan rekaan lutsinar masih dikekalkan pada panel belakang. Panel hadapan pula kelihatan takuk yang lebih kecil.

Imej Xiaomi Mi 8 Explorer Dengan Takuk Kecil Mula Berlegar Di Internet

Ramai berpendapat versi takuk kecil ini mungkin tidak dilengkapi dengan sensor imbasan wajah 3D.

Imej Xiaomi Mi 8 Explorer Dengan Takuk Kecil Mula Berlegar Di Internet
Mi 8 Explorer bertakuk besar dengan sensor imbasan wajah 3D

Turut mengiringi imej tersebut adalah spesifikasi yang bakal ditawarkan iaitu pilihan RAM, 4GB, 6GB, dan 8GB digandingkan bersama storan seluas 64GB, 128GB serta 256GB.

Imej Xiaomi Mi 8 Explorer Dengan Takuk Kecil Mula Berlegar Di Internet

Mengikut jejak langkah model utama adalah penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 845. Selain itu ukuran layar paparan saiz masih sama iaitu 6.21 inci dengan skrin AMOLED.

Tetapan kamera dwi utama belakang adalah gabungan 12MP dan hadapan menggunapakai lensa 20MP.

Harga anggaran untuk model ini adalah sekitar 2699 yuan – 3699 yuan(~RM1611.97- RM 2209.21).

Sumber: TEENA via GSM Arena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY