Setelah beberapa kali kita dihidangkan dengan khabar angin mengenainya, Xiaomi Mi Mix 4 akhirnya rasmi diperkenalkan di pasaran China sebentar sahaja tadi.
Pertaruhan siri Mi Mix kali ini nampak lebih ‘gagah’ dimana model baharu tersebut dilkengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 888+. Konfigurasi memori pula boleh dipilih dari 8GB sehingga 12GB bersama storan 128GB, 256GB dan 512GB.
Panel hadapan pula dari jenis AMOLED melengkung disisi dengan saiz ukuran 6.67 inci dilindungan kaca Gorilla Glass Victus serta menyokong HDR10+.
Mi Mix 4 turut menawarkan bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 120W sementara 50W secara tanpa wayar. Sebagai gambaran, ia mampu mengecas penuh bateri dalam tempoh 21 minit secara berwayar dan 45 tanpa wayar. Namun menerusi fungsi Boost Mode, pengguna boleh mengecas lebih pantas iaitu pada tempoh 15 minit dan 28 minit sahaja.
Tetapan kamera pula menampilkan lensa 108MP Isocell HMX, 13MP ultra lebar dan 8MP 5X periskop beserta OIS. Menariknya tentang telefon pintar ini, ia adalah model pertama dari Xiaomi yang datang dengan ciri kamera disebalik paparan. Lensa 20MP diletakkan dibawah paparan dan Xiaomi menyatakan ia adalah teknologi generasi ketiga.
Dari segi harga pula, Mi Mix 4 bakal dijual di China pada harga 4999 yuan (~RM3261) sehingga 6999 yuan )(~RM4565), berbeza mengikut konfigurasi memori. Difahamkan bahawa, Xiaomi Mi Mix 4 hanya untuk pasaran China sahaja.