Microsoft Akan Tamatkan Akses Permainan Internet Seperti Spades, Backgammon Dan Lain-Lain

Microsoft sedia menawarkan sejumlah permainan internet didalam sistem operasi mereka seperti Backgammon, Spades, Checkers dan lain-lain lagi. Namun, barisan permainan yang mungkin menjadi pengisi masa senggang suatu ketika dahulu bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Melalui perkongsian pada laman Community, Microsoft telah menyatakan beberapa akses kepada permainan internet yang dimainkan oleh pengguna Windows 7, Windows Xp serta Windows ME termasuk Backgammon, Checkers, Hearts, Reversi, Spades dan MSG Go akan menemui penghujung bermula akhir bulan ini .

Sistem operasi pertama yang akan kehilangan akses permainan tersebut adalah Windows XP dan Windows Me bermula 31 Julai 2019 sementara Windows 7 pula diberikan akses sehingga 22 Januari 2020, iaitu kira-kira seminggu selepas sokongan kepada sistem operasi itu sendiri ditamatkan.

Langkah penanatan ini diambil bertujuan untuk memberi fokus kepada teknologi terkini bagi memberikan pengalaman permainan yang lebih baik kepada pengguna.

Sumber: Microsoft