Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 7 Pro Dilancarkan Bersama Kamera 48MP Dan Snapdragon 675

Redmi Note 7 Pro Dilancarkan Bersama Kamera 48MP Dan Snapdragon 675

Diterbitkan Februari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Redmi kini tampil sekali lagi memperkenalkan model kedua mereka Redmi Note 7 Pro, setelah bergelar sub-jenama kepada Xiaomi.

Hadir dengan rekaan hampir serupa dengan Redmi Note 7, peranti ini dimuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 675, RAM 6GB dan pilihan storan sehingga 128GB.

Redmi Note 7 Pro Dilancarkan Bersama Kamera 48MP Dan Snapdragon 675

Skrin paparan dipanel hadapan bersaiz 6.3 inci FHD+ dengan nisbah 19.5:9 dan mempunyai takuk menempatkan lensa 13MP untuk fungsi rakaman swafoto.

Disebelah belakang pula, ia menampilkan dwi kamera 48MP dan 5MP. Tetapan kamera ini mempunyai sokongan EIS dan mampu merakam 4K UHD pada kadar 30fps.

Redmi Note 7 Pro Dilancarkan Bersama Kamera 48MP Dan Snapdragon 675

Melengkapkan peranti ini adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas QuikCharge 4 melalui pengecas 10W yang disertakan dalam kotak. Ciri lain yang terdapat pada peranti ini adalah USB-C, bicu audio 3.5mm dan IR Blaster.

Menjalankan MIUI 10 berasaskan Android Pie 9, ia ditawarkan dengan warna Space Black, Nebula Red, dan Neptune Blue.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY