Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Patenkan Teknologi Pengecasan Dihasilkan Dari Bunyi Sekeliling

Xiaomi Patenkan Teknologi Pengecasan Dihasilkan Dari Bunyi Sekeliling

Diterbitkan Jun 19, 2021 ยท Dikemas kini Jun 20, 2021 oleh Helmi Samsuri

Setakat ini kita sudah lihat Xiaomi ‘bermain-main’ dengan pengecasan berkuasa 100W, 120W, 200W. Belum kira lagi teknologi pengecasan jarak jauh tanpa wayar, Mi Air Charging.

Kalau anda rasa mereka sudah cukup puas dengan teknologi pengecasan diatas, anda mungkin silap kerana Xiaomi masih lagi ada idea menarik yang mahu diketengahkan.

Menerusi terbitan paten baru Xiaomi di laman CNIPA, pengeluar tersebut telah memfailkan teknologi pengecasan yang dihasilkan dari bunyi disekeliling.

Xiaomi Patenkan Teknologi Pengecasan Dihasilkan Dari Bunyi Sekeliling

Teknologi ini memerlukan beberapa komponen lain yang mampu mengubah bunyi sekeliling kepada getaran mekanikal. Selanjutnya getaran mekanikal itu akan ditukar kepada arus ulang-alik (AC) dan selepas itu ditukar kepada arus terus (DC).

Xiaomi Patenkan Teknologi Pengecasan Dihasilkan Dari Bunyi Sekeliling

Teknologi pengecasan ini turut digambarkan penggunaannya pada bukan sahaja telefon pintar malah peranti elektronik lain. Seperti biasa, apa yang dipatenkan tidak bermakna akan dikomersialkan. Kalau jadi pun mungkin bukan dalam masa terdekat.

Teringat satu ketika dahulu, Xiaomi juga ada memfailkan paten berkenaan teknologi pengecasan telefon pintar secara solar.

Sumber: MySmartPrice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY