Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Roadster, Kereta Mampu Terbang Dengan Teknologi SpaceX Rasmi, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000

Tesla Roadster, Kereta Mampu Terbang Dengan Teknologi SpaceX Rasmi, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000

Diterbitkan Oktober 16, 2026 · Dikemas kini Oktober 16, 2026 oleh ariff bukhari

Tesla Malaysia kini membuka tempahan bagi model EV sport terbaru mereka, Roadster yang merupakan sebuah kereta elektrik berprestasi tinggi.

Tesla menggambarkannya sebagai kereta sport elektrik paling ekstrem yang pernah dibangunkan, dengan gabungan teknologi canggih, rekaan aerodinamik dan diinspirasikan daripada industri aeroangkasa.

tesla roadster 1
Penampilan Roadster diinspirasikan oleh teknologi angkasa, termasuk kemasan khas, elemen titanium dan kaca berwarna emas yang menyerupai visor sut angkasawan.

Dari segi reka bentuk, Roadster menggunakan bahan ringan seperti gentian karbon, titanium dan magnesium bagi mengurangkan berat yang dapat meningkatkan prestasi pemanduan.

Antara ciri paling unik ialah sistem sedutan aktif yang menghasilkan downforce dengan menarik udara dari bawah kenderaan.

Tesla mendakwa teknologi ini mampu meningkatkan cengkaman dan kestabilan sehingga pada tahap luar biasa, termasuk ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Malah, dari aspek prestasinya juga sangat mengagumkan di mana Tesla mendakwa Roadster mampu memecut dari 0-60km/j sepantas 1 saat bagi varian yang dilengkapi sistem pendorong gas yang diinspirasikan oleh teknologi SpaceX.

Tesla Roadster, Kereta Mampu Terbang Dengan Teknologi SpaceX Rasmi, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000

Roadster turut dilengkapi teknologi steer-by-wire, mod pemanduan trek serta aerodinamik aktif untuk memaksimumkan prestasi.

Tersedia dalam 3 varian iaitu Performance, Thrust dan Rocket, pra tempah bagi Tesla Roadster ini di Malaysia adalah bermula dari RM21,000 dengan jaminan pemulangan wang.

Tesla Roadster, Kereta Mampu Terbang Dengan Teknologi SpaceX Rasmi, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000

Buat masa ini, harga rasmi jualan Tesla Roadster di Malaysia belum diumumkan.

Tempahan Tesla Roadster boleh dibuat menerusi laman rasmi Roadster – Electric Sports Car | Tesla.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Epic Games Umum Pelancar Baharu, 30x Lebih Pantas Dan Sokong Linux

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
©2026 WISER.MY