SOP Celaru? Tidak Perlu Imbas MySejahtera Jika Hanya Sekadar Isi Minyak Di Stesen Petrol

Kerajaan telah mewajibkan imbasan kod QR di semua premis sehubungan untuk meningkat keberkesanan pengesanan kontak Covid-19.

Baru-baru ini, tular berita mengenai denda RM1000 jika orang ramai gagal mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak di stesen petrol.

Itu adalah apa yang dikhabarkan oleh DCP Mior Faridalathrash Wahid, Timbalan Pengarah JSJ kepada China Press. Menurutnya stesen petrol merupakan kawasan yang mudah terdedah dengan risiko orang ramai dan Covid-19.

Pun begitu, tidak beberapa lama kemudian selepas orang ramai mula faham mengenai denda ini, muncul pula kenyataan kontradiksi berbeza iaitu orang tidak perlu mengimbas MySejahtera jika hanya sekadar mengisi minyak.

Sumber kenyataan ini diperoleh dari laporan media Sin Chew Daily dan juga The Star. Melalui laporan dari Sin Chew Daily, mereka telah membuat 2 panggilan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan telah menerima kenyataan daripada MKN bahawa tidak perlu mengimbas MySejahtera jika hanya sekadar mengisi minyak sahaja.

Pun begitu, pada masa yang sama juga satu lagi panggilan menyatakan orang ramai masih perlu mengimbas kod MySejahtera walaupun anda hanya menggunakan pam petrol.

Melalui The Star pula, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menyatakan arahan yang mereka terima adalah hanya perlu mengimbas MySejahtera jika anda ke surau, tandas, dan juga kedai.

Menurutnya, tidak perlu mengimbas MySejahtera jika anda hanya sekadar mengisi minyak.

Sebagai rakyat biasa, sudah tentu ramai dihujani pelbagai persoalan mengenai imbasan MySejahtera ketika mengisi minyak di stesen petrol.

Menurut Sin Chew Daily, MKN akan membuat pengumuman lebih lanjut untuk menerangkan SOP sebenar ketika berada di stesen minyak hari ini juga.

Sumber: Lowyat.net, Sin Chew Daily, The Star

Berkaitan