sooka kini mengumumkan ciri mikrodrama sooka Shorts akan diperkenalkan pada 12 Disember 2025.
Ciri mikrodrama ini hadir seiring dengan populariti drama pendek yang semakin diminati di seluruh dunia, menawarkan tontonan singkat tetapi padat bagi peminat hiburan.
Bermula 12 Disember 2025, pengguna boleh menonton beberapa kandungan awal seperti Mak Kau CEO Aku, Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar dan Raja Fitnah.
sooka turut merancang bekerjasama dengan studio produksi serantau untuk menghasilkan lebih banyak kandungan tempatan, serta menambah kandungan mikrodrama Korea.
Episod terpilih boleh diakses secara percuma, manakala akses penuh ditawarkan kepada pelanggan pelan Entertainment dan ke atas.
sooka Shorts boleh diakses terus dari halaman utama aplikasi. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.
{suggest}
