Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Xperia XZ4 Semakin Hampir Diperkenalkan

Sony Xperia XZ4 Semakin Hampir Diperkenalkan

Diterbitkan Januari 29, 2019 · Dikemas kini Januari 29, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kira-kira 4 bulan yang lalu, Xperia XZ3 diumumkan oleh Sony sekitar acara IFA 2018 berlokasi di Berlin.

Kini, sebuah lagi model dikhabarkan akan tampil iaitu Sony Xperia XZ4 yang mana pelancarannya disebut-sebut bakal berlangsung pada acara MWC2019, Barcelona.

Hal ini merujuk kepada jemputan yang dibuat Sony kepada media Italy dan Rusia bertarikh 25 Februari 2019, kurang sebulan dari sekarang. Dijangkakan Xperia XZ4 akan muncul pada tarikh tersebut.

Beberapa siri khabar angin mengenai Xperia XZ4 telah bertiup sebelum ini, seperti penggunaan Snapdragon 855 dan storan dalaman bersaiz 256GB.

Antara spesifikasi lain yang diramal hadir adalah pengguna skrin OLED 6.5 inci dengan nisbah paparan 21:9 (3360 x 1440),  RAM 6GB, bateri 4400mAh, tiga kamera belakang serta port pengecasan USB-C.

Sony Xperia XZ4 Semakin Hampir Diperkenalkan
via Trusted Reviews

Memetik laporan Digital Trends, Timbalan Presiden Pemasaran Sony Mobile ada menyatakan bahawa XZ4 menjanjikan pengalaman penggunaan kamera yang lebih baik berbanding keluaran sebelumnya.

Sumber: Trusted Reviews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY