Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Xperia XZ4 Dilapor Akan Hadir Dengan Snapdragon 855 & Simpanan Dalaman 256GB

Sony Xperia XZ4 Dilapor Akan Hadir Dengan Snapdragon 855 & Simpanan Dalaman 256GB

Diterbitkan Disember 5, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas imej rekaan 3D-nya didedahkan beberapa bulan yang lepas, kini tiba giliran spesifikasi bagi Xperia XZ4 pula dikatakan telah tertiris atas talian. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah penggunaan cip terkini dan tercanggih, Snapdragon 855.

Qualcomm baru sahaja mengumumkan secara rasmi sistem cip terbaharu mereka itu. Ia didakwa menawarkan teknologi AI dengan prestasi tiga kali ganda lebih baik berbanding Snapdragon 845.

Baca juga: Cip Snapdragon 855 Kini Sudah Rasmi Diperkenalkan

Memandangkan sistem cip tersebut hadir dengan sokongan sambungan 5G, ia sekaligus memberi bayangan bahawa peranti keluaran baharu Sony ini juga bakal menyokongnya nanti.

Ruang simpanan yang besar juga menjadi semakin penting hari ini. Oleh itu, Sony Xperia XZ4 dikatakan akan mempunyai ruang simpanan sebesar 256GB.

Sony Xperia XZ4 Dilapor Akan Hadir Dengan Snapdragon 855 & Simpanan Dalaman 256GB
MySmartPrice

Tambahan lagi, menerusi rekaan imej 3D sebelum ini, Xperia XZ4 dikatakan akan menggunakan tetapan tri-kamera utama. Namun spesifikasi kamera tersebut masih belum didedahkan.

Sony Xperia XZ4 ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi semasa acara MWC 2019 di Barcelona kelak. Maka tidak hairanlah jika kita mendengar beberapa lagi berita lanjut mengenainya menjelang acara itu nanti.

 

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY