Namun, lensa kameranya bukanlah lensa biasa. Ianya adalah lensa dengan sensor 48-megapiksel iaitu yang tertinggi pernah digunapakai pada sesebuah peranti telefon pintar, sekiranya laporan yang dinyatakan benar.
Kredit : CompareRaja
Sebelum ini, kami pernah melaporkan tentang satu sensor kamera, IMX586 yang sedang dibangunkan oleh pihak Sony untuk digunakan pada telefon pintar. Namun, semasa laporan tersebut dibuat, pemerhati industri berpendapat bahawa lensa berkenaan hanya akan hadir seawal-awalnya pada tahun 2019.
Maka, sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, ia pasti akan mengejutkan pelbagai pihak. Sony pernah menyatakan bahawa lMX586 mampu memberikan kualiti yang setanding dengan kamera yang selalu digunakan oleh jurugambar profesional seperti DSLR.
https://youtu.be/IDcYYFW7cT0
Bagaimanapun, perkara ini masih lagi di peringkat ura-ura. Sebelum ini, banyak maklumat yang didedahkan oleh pakar tiris menyatakan peranti Xperia XZ3 ini akan hadir dengan fungsi dwi-kamera. Malah, terdapat juga laporan menyatakan ia akan didatangkan dengan tiga kamera seperti Huawei P20 Pro.
Sama ada benar atau tidak imej yang didedahkan ini, kita cuma akan dapat jawapannya dari pihak Sony sahaja. Sama-sama kita tunggu maklum balas dari mereka dalam masa terdekat atau mungkin menunggu sehingga ia diperkenalkan secara rasmi pada akhir bulan hadapan.
Sumber
Berkaitan
- iPhone X Kalahkan Pixel 2 Dan Mate 10 Pro Dalam Penilaian Fotografi DxOMark Dengan Markah 101
- Pocophone F2 Akan Dilancarkan Pada Tahun 2020?
- Huawei Y9 vs Honor 8X - Camera Comparison
- Sony Akan Mengeluarkan PlayStation Now Untuk PC Dan DualShock 4 Wireless USB Adaptor.
- Alternatif iPhone 7: 4 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Ini
- Perbandingan Kamera Xiaomi Mi 8 & Pocophone F1
- Sony Masih Menaruh Harapan Terhadap Industri Permainan Mudah Alih
- Razer Phone 2 Kini Sah Sedang Dibangunkan
- iPhone XS & iPhone XS Max Hadir Dengan Sokongan Dalaman Sehingga 512GB, Sokongan Smart HDR
- Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas