Antara peranti yang bakal membuat kemunculan pada acara MWC 2018 minggu hadapan adalah Xperia XZ2 dan XZ2 Compact.
Diramal membawa spesifikasi seperti cip pemprosesan Snapdragon 845, memori 4GB/64GB, skrin dengan nisbah 18:9 dilindungi oleh Gorilla Glass 5, serta pengimbas cap jari dibahagian belakang.

Model-model ini juga dikatakan tidak mempunyai bicu audio 3.5mm. Perbezaan ketara ialah dari segi saiz skrin paparan iaitu 5.7 inci untuk XZ2 dan 5 inci untuk XZ2 Compact.
Bagi harga pula, Xperia XZ2 dilapor akan dijual pada harga $987 (~RM3867.86), sementara versi Compact didagangkan pada nilai $740 (~RM2899.91).
Sumber: Xperia Blog