Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Xperia 1 II Akan Dilancarkan Di Malaysia November Ini

Sony Xperia 1 II Akan Dilancarkan Di Malaysia November Ini

Diterbitkan Ogos 28, 2020 · Dikemas kini Ogos 28, 2020 oleh Amalina Athman

Sony pada Februari lalu telah mengumumkan Xperia 1 II atau disebut sebagai Xperia 1 Mark II. Terbaru, Sony mengesahkan Xperia 1 II akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia sekitar November ini.

sony xperia 1 II malaysia

Mengimbas kembali spesifikasi yang ditawarkan, Sony Xperia 1 II hadir dengan paparan skrin 4K HDR OLED dengan saiz 6.5 inci serta nisbah skrin 21:9 yang menyokong teknologi Motion Blur Reduction.

Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 865 serta menyokong rangkaian 5G. Dari segi memori, peranti ini mempunyai 8GB RAM, 256GB storan dan dual-nano SIM serta menyokong micro-SD dengan tambahan sehingga 1TB storan.

sony xperia 1 II malaysia

Bagi kamera, ia mempunyai tiga lensa 12MP dengan sensor 3D iToF. Setiap lensa tersebut mempunyai lapisan anti-pantulan ZEISS dan ZEISS T*. Mark II turut menawarkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera mirrorless Alpha termasuk penjejakan mata pintar (intelligent eye tracking), penjejakan mata haiwan dan ciri burst dengan autofokus 20fps.

Sony Xperia 1 II Akan Dilancarkan Di Malaysia November Ini

Kapasiti bateri yang dimuatkan pada Mark II adalah 4000mAh dan menyokong pengecasan tanpa wayar Qi.

Buat masa ini, Sony masih belum mengumumkan harga Sony Xperia 1 II untuk pasaran tempatan. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Sony.

Sumber: Lowyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY