Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (273)

Sony Umum Xperia 1 II Dan Xperia Pro – Hadir Dengan Teknologi Kamera Alpha

Diterbitkan Februari 24, 2020 ยท Dikemas kini Februari 24, 2020 oleh Amalina Athman

Dalam satu acara dalam talian yang baru sahaja berlangsung petang ini, Sony telah mengumumkan peranti kelas flagship dengan sokongan teknologi 5G, Xperia 1 II atau disebut sebagai Xperia 1 Mark II.

Peranti ini mempunyai paparan skrin 4K HDR OLED dengan saiz 6.5 inci serta nisbah skrin 21:9 yang menyokong teknologi Motion Blur Reduction. Bagi kamera, ia mempunyai tiga lensa 12MP dengan sensor 3D iToF. Setiap lensa tersebut mempunyai lapisan anti-pantulan Zeiss.

Screenshot 2020-02-24 at 8.13.03 PM

Mark II turut menawarkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera mirrorless Alpha termasuk penjejakan mata pintar (intelligent eye tracking), penjejakan mata haiwan dan ciri burst dengan autofokus 20fps.

Mark II mempunyai paparan 21:9 Mobile Gaming dengan sokongan sambungan Dualshock 4 Wireless Controller. Bagi mengoptimakan lagi pengalaman permainan mudah alih, Mark II dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 5G serta Qualcomm Snapdragon Elite Gaming. Ia mempunyai 8GB RAM, 256GB storan dan dual-nano SIM serta menyokong micro-SD dengan tambahan sehingga 1TB storan.

Xperia 1 II 5G

Seterusnya, Mark II didatangkan dengan kapasiti bateri 4000mAh, pengecasan tanpa wayar Qi dan tiga varian warna iaitu hitam, putih dan ungu. Bagi menghasilkan audio yang lebih baik, Sony menawarkan 360 darjah audio dan pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos serta mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Screenshot (301)

Turut diumumkan dalam acara tersebut adalah Xperia Pro dengan sokongan teknologi 5G mmWave. Peranti yang direka khusus untuk pengguna videografi profesional ini turut menyokong port HDMI terbina pada bahagian bawah peranti. Walau bagaimanapun, peranti ini masih dalam fasa pembangunan.

Bagi Xperia 1 II, ia akan mula ditawarkan sekitar Mac sehingga Jun tahun ini. Namun, tiada pengumuman rasmi mengenai penawaran harga bagi peranti ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY