Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga xperia 1 II

Sony Xperia 1 II Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4,999

Diterbitkan Oktober 12, 2020 · Dikemas kini Oktober 12, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Sony telahpun mengesahkan Xperia 1 II akan mula dijual untuk pasaran Malaysia sekitar November ini. Terbaru, Sony telah mendedahkan harga yang bakal ditawarkan untuk peranti itu.

Berdasarkan laman Sony Malaysia, Xperia 1 II diletakkan pada harga RM4,999 untuk pasaran tempatan.

harga xperia 1 II

Mengimbas kembali, Mark II didatangkan dengan skrin 4K HDR OLED bersaiz 6.5 inci serta nisbah skrin 21:9 yang menyokong teknologi Motion Blur Reduction.

Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 865 dengan RAM 8GB dan 256GB storan. Mark II turut menyokong slot kad microSD untuk penambahan storan sehingga 1TB.

Bagi kamera, ia dimuatkan dengan tetapan tiga lensa 12MP dengan sensor 3D iToF. Setiap lensa tersebut mempunyai lapisan anti-pantulan ZEISS dan ZEISS T*. Mark II turut menawarkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera mirrorless Alpha termasuk intelligent eye tracking, penjejakan mata haiwan dan ciri burst dengan autofokus 20fps.

harga xperia 1 II
harga xperia 1 II
Sony Xperia 1 II Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4,999

Antara ciri lain pada Mark II adalah mempunyai penarafan IP65/68, kapasiti bateri 4000mAh serta menyokong pengecasan pantas yang mampu mengisi sehingga 50% bateri dalam tempoh 30 minit. Peranti ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Purple, White dan Black.

Pada masa ini, harga Xperia 1 II telah pun didedahkan. Namun, Sony masih belum memaklumkan tarikh jualan peranti ini untuk pasaran Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY