Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony WF-C700N harga malaysia

Sony WF-C700N, TWS Dengan “Noise Cancelling” Mula Dijual Pada Harga RM549

Diterbitkan April 4, 2023 · Dikemas kini April 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Sebuah TWS baharu dengan kemampuan pembatalan hingar iaitu Sony WF-C700N kini rasmi dan mula dijual di Malaysia pada harga RM549.

Ia hadir dengan saiz pemacu 5mm dengan sensitiviti 20 Hz-20,000 Hz.

Sony WF-C700N, TWS Dengan “Noise Cancelling” Mula Dijual Pada Harga RM549

Dengan bekasnya, ia mampu memainkan muzik selama 7.5 jam jika pembatalan hingar aktif dan 10 jam jika pembatalan hingar dimatikan.

Kata Sony, pengecasan singkat selama 10 minit boleh memberi satu jam tambahan penggunaan.

Sony WF-C700N, TWS Dengan “Noise Cancelling” Mula Dijual Pada Harga RM549

TWS ini mempunyai sokongan Bluetooth 5.2, profil A2DP, AVRCP, HFP, HSP, format SBC dan AAC dengan jarak efektif 10 meter. Ia turut menyokong Google Fast Pair.

Sony WF-C700N, TWS Dengan “Noise Cancelling” Mula Dijual Pada Harga RM549

WF-C700N juga boleh disambungkan dengan 2 peranti dalam satu masa, memudahkan anda menjawab panggilan daripada peranti lain yang sudah terhubung.

Sony WF-C700N, TWS Dengan “Noise Cancelling” Mula Dijual Pada Harga RM549

Bagi ciri pembatalan hingar, ia turut datang dengan mod Ambient Mode atau lebih dikenali sebagai Transparent kalau jenama lain. Mod ini boleh ditukar melalui sentuhan pada putik audio kiri.

Sony WF-C700N, TWS Dengan “Noise Cancelling” Mula Dijual Pada Harga RM549

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati audio 360 darjah melalui 360 Reality Audio.

Berkaitan

  • 5 TWS Terbaik Tahun 2022
  • Sony Didakwa Perlihatkan 4 Peranti Audio Baharu Untuk Tahun 2023
  • TWS Sony WF-1000XM5 Tertiris, Tampak Lebih Kompak Dari XM4

Pembelian melalui laman web Sony akan diberikan kredit TNG eWallet sebanyak RM50.

Empat warna tersedia ialah hitam, putih, hijau dan ungu. Klik SINI untuk dapatkannya.

Sumber: Sony Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY