5 TWS Terbaik Tahun 2022

Fon telinga adalah salah satu gajet arus perdana pada zaman yang moden ini. Dengan teknologi TWS (true wireless stereo), kita dapat lihat pelbagai produk fon telinga baharu dengan ciri yang lebih maju dan moden pada tahun 2022 ini.

Apabila pilihan terlalu banyak, sudah pasti akan berlaku kekeliruan di mana pembaca tidak tahu nak pilih TWS yang mana. Oleh itu, saya akan berkongsikan 5 fon telinga TWS terbaik kepada pembaca untuk tahun 2022 ini.

{snap}

Sony WF-C500 (Sekitar RM299)




(TWS Bajet Terbaik)

Sony adalah jenama yang tidak asing lagi dalam menghasilkan gajet audio yang berkualiti tetapi faktor harga selalu menjadi penghalang. Tetapi pembaca tidak perlu risau kerana Sony WF-C500 adalah sebuah TWS yang berkualiti pada harga bajet.

Secara am, Sony WF-C500 mempunyai purata masa penggunaan selama 10 jam dan tambahan 10 jam lagi daripada bekasnya. Kualiti audio yang tepat dengan harga walaupun tiada sokongan ciri ANC.

Selain itu, ia mempunyai waranti selama 1 tahun dan pembaca boleh membelinya pada harga sekitar RM299 sahaja melalui pautan di bawah:

Beli di Shopee

{snap}

Samsung Galaxy Buds2 Pro (Sekitar RM799)




(TWS Terbaik Untuk Pengguna Samsung/Android)

Galaxy Buds2 Pro menawarkan kualiti audio antara yang terbaik dalam kelasnya. TWS ini sangat sesuai bagi pengguna Android terutamanya yang menggunakan peranti jenama Samsung.

Selain kualiti audio dan ciri ANC yang begitu mengasyikkan, Buds2 Pro hadir dengan binaa dan rekaan fizikal yang sangat selesa kepada pemakainya.

Tambahan lagi, TWS ini mempunyai penarafan IPX7 kalis air yang sesuai digunakan untuk aktiviti sukan. Pembaca boleh mendapatkan Buds2 Pro ini pada harga sekitar RM799 melalui pautan di bawah:

Beli di Shopee

{snap}

Apple AirPods Pro 2 (RM1,099)




(TWS Terbaik Untuk Pengguna Apple)

AirPods Pro generasi kedua ini menawarkan kualiti audio antara yang terbaik di dunia untuk kelasnya. Selain itu, pengguna iPhone tidak akan berasa kecewa dengan prestasi ANC-nya.

Di samping itu, TWS ini mempunyai transparency modeĀ dan kualiti audio ruangan yang lebih baik daripada pendahulunya. Dengan fungsi Find My di mana terdapat pembesar suara terbina pada bekasnya, pengguna tidak perlu risau akan masalah tersalah letak.

Walaupun prestasi masa penggunaannya lebih lama berbanding sebelum ini, tetapi ia boleh dikatakan masih tidak setanding pesaing-pesaingnya yang lain.

Pembaca boleh membeli AirPods Pro 2 dengan harga kompetitif RM1,099 melalui pautan di bawah:

Beli di Shopee

{snap}

Bose QuietComfort Earbuds 2 (RM1,499)




(TWS Dengan Ciri ANC Terbaik Di Pasaran Ketika Ini)

Bose QuietComfort Earbuds 2 adalah TWS ciri ANC yang paling berkuasa di pasaran ketika ini. QuietComfort Earbuds 2 berkemungkinan besar adalah earbud terbaik yang boleh anda miliki ketika ini.

Jika pembaca mencari TWS dengan ciri ANC terbaik dan kualiti audio yang mengasyikkan, tiada pilihan yang terbaik selain Bose QuietComfort Earbuds 2.

Selain rekaan yang tepat dan selesa, TWS ini mempunyai masa penggunaan sekitar 6 jam dan 24 jam dengan bekasnya. Pembaca boleh membeli TWS ini pada harga premium RM1,499 melalui pautan di bawah:

Beli di Shopee

{snap}

Sony WF-1000XM4 (RM699)




(TWS Terbaik Keseluruhan Untuk Tahun 2022)

Sony adalah sebuah nama yang tidak asing dengan produk audio yang sangat berkualiti di pasaran. Walaupun Bose QuietComfort Earbuds 2 adalah pemenang bagi ciri ANC, tetapi Sony WF-1000XM4 adalah juara bagi TWS terbaik keseluruhan.

TWS XM4 ini mempunyai masa penggunaan antara yang tercekap di pasaran - 8 jam dengan ANC diaktifkan, 12 jam tanpa ANC, dan lebih 30 jam dengan bekasnya.

Selain dengan pelbagai ciri pintar yang ada padanya, TWS XM4 menawarkan kualiti audio keseluruhan yang terbaik ketika ini. Jika pembaca mencari TWS yang berdiri paling megah antara semua, Sony WF-1000XM4 harta karun bagi pencarian anda itu.

Buat masa ini, Sony WF-1000XM4 dijual pada harga tidak masuk akal, RM699 sahaja berbanding harga asal RM1,099. Pambaca boleh membeli melalui pautan di bawah:

Beli di Shopee

 

Berkaitan