Sony Mahukan Permainan Konsol PS5 Semudah Seperti Membuka Video Netflix

Dengan perkakas SSD yang dimuatkan dalam konsol PS5, sudah semestinya ia akan mempercepatkan proses memuat permainan yang jauh lebih pantas berbanding PS4. Sistem operasi konsol tersebut juga akan mengutamakan kepantasan dan kecekapan selari dengan kelajuan operasi SSD tersebut.

Menurut forum resetera.com, Sony kini sedang dalam usaha untuk menjadikan pengalaman bermain konsol PS5 adalah 'semudah membuka Netflix'. Ini adalah kerana Sony mahukan permainan dimuat sepantas mungkin. Syarikat itu juga menyatakan mereka mahukan pemain lebih meluangkan masa bermain dalam jangka waktu yang pendek daripada terpaksa menunggu waktu seperti cuti panjang untuk memainkannya.



Ini merupakan berita yang bagus untuk peminat Sony (PS5) memandangkan Xbox Series X juga turut mempunyai ciri 'kepantasannya' tersendiri iaitu boleh menukar antara permainan dengan pantas. Kita pun sudah tahu dengan hanya dilengkapi storan berasaskan SSD, keseluruhan sistem akan menjadi lebih pantas. Namun disebabkan Xbox Series X juga turut mempunyai SSD, ini mungkin 'muslihat' Sony untuk mengalahkan pesaingnya tersebut.

Sumber: resetera.com