Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Gaming Lenovo Legion Akan Hadir Dalam Masa Terdekat Ini

Peranti Gaming Lenovo Legion Akan Hadir Dalam Masa Terdekat Ini

Diterbitkan Disember 26, 2019 oleh Meor Hasyim

Dari Razer, Black Shark, Nubia, dan juga ASUS ROG, trend peranti gaming semakin popular sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja menawarkan cip pemprosesan dan konfigurasi RAM yang tinggi, peranti gaming juga memuatkan bateri kapasiti yang besar.

Terbaru, menambah kepada senarai jenama yang mempunyai peranti gaming adalah Lenovo. Baru-baru ini syarikat tersebut telah menubuhkan laman Weibo baharu dan dijangkakan peranti gaming Lenovo Legion bakal hadir tidak lama lagi.

Pada bulan April lalu, Naib Presiden Lenovo, Chang Cheng sendiri telah mengesahkan peranti gaming mereka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan. Namun, walaupun dikhabarkan tarikh pelancaran peranti yang kian menjelma, spesifikasinya masih lagi tidak diketahui.

Memandangkan Legion merupakan jenama yang popular dengan penawaran laptop gaming mereka, tidak janggallah mereka pun mahu mencuba kategori peranti gaming pula.

Sumber: Phone.cnmo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY