realme C15 Dengan Bateri 6,000mAh Dijual Bermula RM599 Di Malaysia

Siri realme "C"  telah dikembangkan lagi kepada realme C15 untuk pasaran Malaysia. Terdapat 2 model yang ditawarkan iaitu 4GB/64GB dan 4GB/128GB dengan harga permulaan RM599.

Bermula dari rekaan, realme C15 mempunyai rekaan kasar hampir sama dengan realme C12 dengan tona warna pada bahagian belakang yang juga plastik. Perbezaan utama model C15 ini adalah ia mempunyai pilihan warna yang berbeza dari realme C12.



realme C15 hadir dengan skrin 6.5 inci LCD berserta resolusi HD+. Telefon dijana oleh cip Snapdragon 460 dengan pilihan memori 4GB/64GB dan 4GB/128GB berasaskan eMMC.

Kamera belakang dilengkapi dengan 4 lensa dibarisi 13MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B/W dan 2MP depth. Swafoto pula adalah 8MP yang diletakkan pada takuk kecil pada bahagian hadapannya. Turut kelihatan adalah pengimbas cap jari pada belakang yang sama seperti realme C12.

Penawaran menarik telefon ini adalah dari segi kapasiti bateri 6,000mAh sementara menyokong pengecasan pantas 18W. Namun begitu, ia masih menggunakan pengecasan berasaskan micro-USB dan bukannya USB-C.

realme C15 boleh didapati bermula dengan harga RM599 untuk model 4GB/64GB ketika 25 November melalui Shopee. Hanya dengan menambah sebanyak RM99, anda turut boleh memilik realme Watch berbanding harga sebenar pada RM299.



Model realme C15 dengan memori 4GB/128GB dijual pada RM699, namun hanya boleh dibeli pada masa akan datang.



https://www.youtube.com/watch?v=hOum6yYvQv8&ab_channel=WiserMy

Berkaitan