Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Watch GT 2 Porsche Design Dilengkapi Kerangka Dan Tali Dari Titanium

Huawei Watch GT 2 Porsche Design Dilengkapi Kerangka Dan Tali Dari Titanium

Diterbitkan Oktober 23, 2020 oleh Meor Hasyim

Selain memperkenalkan telefon pintar Huawei Mate 40 RS Porsche Design, Huawei Watch GT 2 Porsche Design dengan kolaborasi rekaan sama turut diumumkan.

watch gt 2 porsche design

Jam ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti Watch GT 2 biasa namun kerangka dan talinya diperbuat daripada Titanium. Jam ini juga menawarkan jam muka eksklusif dari Porsche Design agar lebih sesuai dipadankan dengan gaya rekaannya.

Dari segi spesifikasi, Huawei Watch GT 2 hadir dengan skrin 1.39 inci AMOLED (454×454), RAM 4GB, Bluetooth 5.1, GPS, pemantauan kadar denyutan jantung, SpO2, tidur, tahap tekanan, dan lebih 100 mod senaman.

huawei watch gt 2

Jam ini juga menawarkan ketahanan bateri sehingga 14 hari dan turut menyertakan fungsi pengecasan tanpa wayar di belakangnya. Di Eropah, Huawei Watch GT 2 dijual pada harga 695 Euro (~RM3,406.).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY