Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengurus Redmi: Redmi K50 Akan Jadi Telefon Snapdragon 8 Gen 1 Paling ‘Sejuk’

Pengurus Redmi: Redmi K50 Akan Jadi Telefon Snapdragon 8 Gen 1 Paling ‘Sejuk’

Diterbitkan Januari 11, 2022 oleh Meor Hasyim

Redmi K50 adalah telefon andalan Redmi untuk tahun 2022. Pada tahun lepas, Poco F3 adalah jelmaan semula Redmi K40 untuk pasaran global. Jadi, peminat boleh menjangka Poco generasi baharu akan hadir tidak lama lagi.

Menerusi pengurus Redmi, Lu Weibing, Redmi K50 disasarkan untuk menjadi telefon paling sejuk yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Pengurus Redmi: Redmi K50 Akan Jadi Telefon Snapdragon 8 Gen 1 Paling ‘Sejuk’
Lu Weibing, Pengurus Redmi

Ia boleh dicapai melalui sistem penyejukan berasaskan 2 kebuk wap yang diumpamakan seperti meletakkan cip antara 2 unit pendingin hawa.

Snapdragon 8 Gen 1 merupakan cip yang paling berkuasa terkini dari Qualcomm. Sudah tentu pengeluar mahu penyelesaian yang terbaik untuk menjinakkan cip ini.

Setakat ini, hanya model telefon sahaja yang sudah menggunakan cip ini iaitu Moto Edge X30, Xiaomi 12, dan realme GT 2 Pro.

Mengenai maklumat lain, Redmi K50 akan dijana bateri 4,700mAh, pengecasan pantas 120W serta bakal dilancarkan pada bulan hadapan di China.

Sumber: Weibo

Baca juga:

  • Siri Redmi K50 Bakal Dilancar Februari Ini, Lebih Berkuasa Dan Lebih Sejuk
  • Xiaomi Buat Pening Lagi – Umum Model Baharu, Padahal Spesifikasi Sama
  • Cip Snapdragon 8 Gen 1 Pada Moto Edge X30 Panas? Ini Komen Dari Pengurus Besar Lenovo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY