Untuk pengetahuan anda, konsol permainan terbaharu dari Sony ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan iaitu PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition.
Bagi versi PlayStation 5, konsol ini mempunyai pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Versi PlayStation 5 Digital Edition pula hadir tanpa pemacu cakera.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=RkC0l4iekYo[/embed]
Dari segi rekaan, model PS5 diletakkan secara menegak, seperti konsol permainan sebelumnya yang bermula dengan PS2. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada slot untuk peletakan menegak itu adalah sebahagian dari rekaan atau aksesori berasingan.
Pada bahagian hadapan konsol ini, terdapat port USB-A dan USB-C bersama dengan lampu LED biru.
Dalam pada itu, Sony turut mendedahkan beberapa aksesori bagi konsol permainan terbaharu ini. Antaranya termasuk alat kawalan DualSense, yang mempunyai fungsi tindak balas haptik dan mikrofon terbina. Terdapat juga Charging Station bagi tujuan pengecasan kedua-dua alat kawalan ini secara serentak.
Selain itu, Sony turut memperlihatkan aksesori seperti HD Camera yang mungkin akan digunakan untuk pengesanan pergerakan, Pulse 3D Wireless Headset dan Media Remote untuk menggunakan konsol sebagai pemain Blu-ray dan kotak penstriman.
Pada masa ini, Sony masih belum mendedahkan harga yang bakal ditawarkan atau tarikh pelancaran.
Sumber: Playstation
Beli Playstation 4 dari:
Lazada (https://invol.co/clotu8)
Shopee (https://invol.co/clotu9).
Berkaitan
- realme Sah Akan Perkenal Pengecasan Pantas 125W Pada 16 Julai
- Apple Tarik Balik Kemas Kini iOS Security Response 16.5.1 (a)
- Rekaan Dan Spesifikasi Mi Pad 5 Didakwa Tertiris, Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan
- Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Tanpa Cetakan Fizikal
- Pra Tempah Sony Xperia 10 II Telah Mula Dibuka Sehingga 5 Julai Ini
- iPhone 5C Bakal Disenaraikan Sebagai Produk 'Usang' Pada 31 Oktober
- Apple Belum Bersedia, iPhone 15 Dijangka Kekal Guna Cip Modem 5G Qualcomm
- CelcomDigi Tawar Pelan 5G Home WiFi Tanpa Kontrak - RM99/Bulan, Kuota Internet 1TB
- Lebih 52 Aplikasi Dari China Ini Bakal Diharamkan Di India, Termasuk TikTok Dan Zoom
- OPPO Find X2 Dan Find X2 Pro Tersenarai Di Bluetooth SIG - Hadir Dengan Cip Snapdragon 865, Tri-Kamera 48MP