Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS Security Response 16.5.1

Apple Tarik Balik Kemas Kini iOS Security Response 16.5.1 (a)

Diterbitkan Julai 11, 2023 · Dikemas kini Julai 12, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS Security Response 16.5.1 (a) untuk pengguna iOS 16.5.1. Terbaharu, Apple dilaporkan telah menarik balik kemas kini tersebut.

Berkaitan

  • Mod 'Private' Dalam Safari iOS 17 Akan Dilindungi Face ID
  • Kemas Kini Dengan Tampalan Keselamatan Penting Dilepaskan Untuk Pengguna iOS 16.5.1

Dalam kemas kini bersaiz kecil iaitu 2.7 MB, ia menyediakan tampalan keselamatan untuk menangani kerentanan yang dipercayai telah dieksploitasi secara aktif di WebKit.

Namun, Apple telah menarik balik kemas kini keselamatan itu. Ia dipercayai susulan beberapa laman web, termasuk Facebook, Instagram, WhatsApp dan Zoom yang tidak dipaparkan dengan betul pada pelayar Safari, selepas melakukan kemas kini tersebut.

Apple has pulled the Rapid Security Responses released earlier today.

There are reports on the MacRumors forums that it broke certain apps such as Facebook, Instagram, Zoom to name a few.

— Aaron (@aaronp613) July 11, 2023

Seorang pengguna di forum MacRumors menyatakan ia mungkin disebabkan user agent di Safari telah ditukar untuk memasukkan ‘(a)’, yang menjadikan sesetengah laman web tidak berfungsi sepenuhnya.

Apple juga telah mengesahkan mereka sedia maklum dengan perkara itu. Menurut Apple, Rapid Security Response iOS 16.5.1 (b) akan tersedia tidak lama lagi untuk menangani isu tersebut.

Sementara itu, jika telah memasang kemas kini RSR (a) dan ingin membuangnya, pergi ke Settings > General > About dan klik pada “iOS Version”. Kemudian tekan “Remove Security Update” dan “Remove” untuk mengesahkan.

Sumber: MacRumors

Kemas kini: Tambahan kenyataan Apple.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY