Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rekaan Dan Spesifikasi Mi Pad 5 Didakwa Tertiris, Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan

Rekaan Dan Spesifikasi Mi Pad 5 Didakwa Tertiris, Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan

Diterbitkan Februari 26, 2021 oleh Amalina Athman

Kali terakhir Xiaomi melancarkan tablet adalah pada 2018 dengan pelancaran Mi Pad 4. Selepas beberapa tahun tanpa khabar, ada yang menganggap Xiaomi mungkin tidak lagi akan menghasilkan tablet baru.

Bagaimanapun, CEO Xiaomi baru-baru ini telah pun mengesahkan mereka akan mula menghasilkan tablet baharu yang menjalankan sistem berasaskan MIUI.

Terbaru, rekaan dan spesifikasi tablet Mi Pad 5 kini telah mula muncul dalam talian. Menerusi gambar yang dimuat naik, ia memperlihatkan bahagian hadapan dan belakang tablet ini.

Mi Pad 5

Di bahagian belakang, ia dilengkapi tetapan dua kamera dengan rekaan modul seumpama Mi 11. Dua kamera tersebut terdiri daripada 20MP utama dan 13MP sudut lebar. Kamera utama akan menggunakan sensor dari Sony IMX586.

Untuk spesifikasi, tablet ini dikatakan akan menggunakan skrin LCD dengan resolusi 2K, menyokong input sentuhan 480Hz serta mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

Antara lainnya termasuk sensor imbasan cap jari di bahagian sisi serta sokongan stylus.

Mi Pad 5

Dari segi konfigurasi, Xiaomi Mi Pad 5 akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 870 dengan memori RAM berasaskan LPDDR5 dan storan UFS3.1. Berikut adalah varian memori dan harga yang telah didedahkan:

  • 8GB + 128GB – 3999 yuan (~RM2503)
  • 8GB + 256GB – 4299 yuan (~RM2691)
  • 12GB + 512GB – 4999 yuan (~RM3130)
  • 16GB + 1TB – 5499 yuan (~RM3443)

Jika spesifikasi yang didedahkan ini adalah benar, Mi Pad 5 dijangka akan menyertai segmen pasaran tablet premium dan bersaing bersama produk Apple, Huawei dan Samsung.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY