Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cas pantas realme

realme Sah Akan Perkenal Pengecasan Pantas 125W Pada 16 Julai

Diterbitkan Julai 14, 2020 oleh Amalina Athman

Bermula minggu ini, pelbagai perkhabaran mengenai pengecasan pantas silih berganti diperkatakan. OPPO telah mengesahkan akan memperkenal teknologi pengecasan 125W Super Flash Charge pada 15 Julai. Bagaimanapun, IQOO terlebih dahulu telah mengumumkan teknologi pengecasan 120W Super FlashCharge dalam satu acara pelancaran yang berlangsung semalam.

Terbaru, realme melalui Weibo telah mengesahkan teknologi pengecasan pantas baharu akan diperkenal pada 16 Julai ini. Naib Presiden realme, Xu Qi turut memuat naik poster yang sama dengan kapsyen yang berbeza.

realme cas

Disertakan dalam kapsyen tersebut adalah nombor ‘1111101’ yang dipercayai adalah kod binari. Apabila ditukarkan, ia membawa maksud 125 yang hampir pasti adalah berkaitan pengecasan pantas 125W.

Pengumuman ini sepadan dengan laporan sebelum ini yang telah mendedahkan realme sedang membangunkan pengecasan pantas 100W+ yang akan diperkenal pada Julai ini.

Dalam pada itu, dijangkakan lebih banyak jenama telefon pintar yang akan turut menawarkan teknologi pengecasan pantas pada sekitar kadar 120W.

Sumber: Weibo

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY