Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (302)

Pra Tempah Sony Xperia 10 II Telah Mula Dibuka Sehingga 5 Julai Ini

Diterbitkan Jun 17, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 19, 2020 oleh Amalina Athman

Perkhabaran mengenai Sony Xperia 10 II bulan lalu menyatakan peranti ini akan dipasarkan tidak lama lagi di Malaysia. Kini, pra tempahan Xperia 10 II untuk pasaran tempatan telah dibuka bermula 15 Jun 2020.

Xperia 10 II hadir dengan paparan skrin OLED berukuran 6 inci dengan nisbah 21:9 serta sokongan resolusi FHD+. Bahagian hadapan dimuatkan dengan kamera 8MP. Terdapat tiga kamera di bahagian belakang termasuk 12MP utama, 8MP telefoto, dan 8MP ultra lebar.

Sony Turut Mengumumkan Xperia 10 II – Peranti Kalis Air IP68 Dengan Cip Snapdragon 665

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 665 dengan memori RAM 4GB dan storan 128GB. Untuk penambahan storan, peranti ini menyokong kad MikroSD sehingga 1TB serta pengiktirafan IP68.

Selain itu, Xperia 10 II ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Black, Blue, Mint dan White. Sehingga 5 Julai 2020, peranti ini dibuka untuk tempahan pada harga RM1,799 melalui Sony Store Malaysia. Setiap pra tempahan juga akan menerima barangan percuma termasuk WI-C400 Wireless In-Ear Headphones, sarung dan pelindung skrin.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
©2026 WISER.MY