Apple Dilapor Lantik Pakar Lamborghini Untuk Bina Kereta Elektrik

Apple dilaporkan telah mengupah seorang bekas pembuat supercar Lamborghini untuk mengusahakan program kereta autonomi elektrik Apple sendiri.

Semasa berkhidmat untuk Lamborghini, Luigi Taraborrelli, telah bekerja dalam pembangunan Lamborghini Urus SUV, Huracan Coupé, Performante, dan Aventador Coupé, dan lain-lain.

Pelantikan Taraborrelli, bersama beberapa yang lain menunjukkan Apple masih komited untuk menghasilkan kereta elektrik.

Projek yang dipanggil Project Titan ini telah mengalami pelbagai isu, berulang kali ditangguhkan, malah saiz pasukan juga pernah dikurangkan.

Walau bagaimanapun, Apple telah membuat beberapa pelantikan baharu, termasuk Desi Ujkashevic, eksekutif lama Ford, yang baru-baru ini menjadi pengarah kejuruteraan keselamatan global.

Sumber: Bloomberg