Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sonos Play – Top Detail White

Sonos Play Dan Era 100 SL Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM1,199

Diterbitkan Mac 11, 2026 · Dikemas kini Mac 11, 2026 oleh ariff bukhari

Sonos memperkenalkan dua pembesar suara baharu – Sonos Play™ dan Sonos Era 100™ SL yang menekankan semula kekuatan sistem audio bersepadu jenama ini.

Sonos Play ialah pembesar suara yang sesuai digunakan di rumah atau dibawa ke luar.

Ia menawarkan hayat bateri sehingga 24 jam, reka bentuk kalis air IP67, serta fungsi pengecas kuasa untuk telefon.

Lebih menarik, pengguna boleh menyambungkan sehingga tiga unit tambahan melalui sambungan Bluetooth untuk pengalaman mendengar bersama.

Era 100 SL pula hadir dengan reka bentuk tanpa mikrofon, lebih ringkas dan mudah diakses.

Sonos Play – White With Charging Base
Sonos Play.
Sonos Play – Closet 2
Sonos Play.
Sonos Era 100 SL – Top Controls
Sonos Era 100 SL.
Sonos Era 100 SL – Back White
Sonos Era 100 SL.

Dan seperti semua pembesar suara Sonos yang lain, Sonos Play dan Era 100 SL telah ditala dengan input daripada Sonos Soundboard.

Kedua-dua model ini juga direka untuk berkembang bersama sistem Sonos, membolehkan pengguna menambah pasangan stereo, atau membina sistem teater rumah dari masa ke masa.

Sonos System – White

Sonos Play dan Sonos Era 100 SL yang masing-masing berharga RM1,899 dan RM1,199  akan tersedia di Malaysia bermula Selasa, 7 April 2026.

Tapi sudah tersedia untuk pra-pesanan bermula hari ini yang boleh dibuat melalui laman rasmi tcacoustic.asia.

Beli barisan produk Sonos dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnaeqa
  • Lazada – https://invl.me/clnaeq1

Berkaitan

  • Sonos Lancar Fon Kepala Pertamanya, Sonos Ace Berharga RM2,299
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Fender Lancar Fon Kepala Modular Di Malaysia Berharga RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY