Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sonos Arc Ultra – Sonos Ace

Sonos Perkenalkan Arc Ultra Dan Sub 4, Bar Audio Premium Berharga RM5,899 Dan RM4,799

Diterbitkan Oktober 17, 2024 · Dikemas kini Oktober 18, 2024 oleh ariff bukhari

Sonos telah mengumumkan 2 model bar audio premium baharunya, Sonos Arc Ultra dan Sonos Sub 4.

Menerusi Arc Ultra, Sonos turut memperkenalkan teknologi yang dipanggil Sound Motion yang secara drastik mengurangkan saiz transduser tapi menghasilkan bass berkualiti membolehkan audio berkualiti tinggi disampaikan daripada produk yang kecil.

Sonos Arc Ultra – Control
Arc Ultra memberikan sehingga dua kali ganda bass daripada pendahulunya, dengan pengalaman audio spatial 9.1.4.

Sonos juga memperkenalkan Sonos Sub 4, subwoofer ikonik generasi seterusnya yang direka bentuk dan dalaman yang diperbaharui.

Sonos Sub 4 – 3Q White
Sonos Sub 4, baharu meningkatkan kualiti aufio filem kegemaran anda, dan banyak lagi dengan bass yang bergemuruh.

Di samping pelancaran Arc Ultra dan Sub 4, Sonos turut memaklumkan penambahbaikan pada aplikasi baharunya dengan kemas kini perisian.

Arc Ultra dan Sub 4 kini boleh didapati untuk pra-pesanan dengan masing-masing berharga RM5,899 dan RM4,799, di TCAcoustic.asia dan Sonos Concept Store di The Starhill, KL.

Arc Ultra dan Sub 4 akan tersedia mulai 29 Oktober 2024 dan seterusnya di TCAcoustic.asia, Sonos Concept Store, Lazada, dan kedai runcit elektronik pengguna utama.

Beli barisan produk Sonos dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllswkt
  • Lazada – https://invol.co/cllswkm

Berkaitan

  • TC Acoustic Secara Rasmi Membuka Sonos Concept Yang Pertama Di Kuala Lumpur
  • Sonos Lancar Fon Kepala Pertamanya, Sonos Ace Berharga RM2,299
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Sumber: Siaran media Sonos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
©2026 WISER.MY