Google kini membawa sokongan Quick Share dengan AirDrop ke lebih banyak peranti Android, membolehkan fail dihantar terus ke iPhone menggunakan protokol AirDrop.
Menurut Google, sokongan ini akan dilancarkan secara berperingkat untuk Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro Fold dalam beberapa minggu akan datang.
Exciting News🎉 Starting today, we are bringing Quick Share compatibility with AirDrop to the Google Pixel 9, 9 Pro and 9 Pro Fold! The feature will roll out over the next few days. https://t.co/MzJkpG4NIV
— Made by Google (@madebygoogle) February 17, 2026
Tahun lalu, Google mengumumkan keserasian Quick Share dengan AirDrop, tetapi pada awalnya ciri ini hanya tersedia untuk siri Pixel 10.
Dengan kemas kini terbaru, pemilik Pixel 9 kini boleh menghantar dan menerima fail terus ke dan dari iPhone, iPad serta Mac menggunakan mod AirDrop Apple “Everyone for 10 Minutes”. Tiada sambungan internet diperlukan kerana fail dihantar terus antara peranti.
Namun, satu pengecualian ialah Pixel 9a, yang buat masa ini tidak menyokong ciri berkenaan.
{suggest}
