Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sokong Sehingga 192GB RAM, Laptop Predator Terbaru Ini Berharga Dari RM19,999

Sokong Sehingga 192GB RAM, Laptop Predator Terbaru Ini Berharga Dari RM19,999

Diterbitkan Mei 2, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda mahukan sebuah komputer riba permainan yang begitu berkuasa dengan perkakasan yang boleh dinaik taraf, anda mungkin akan memilih Predator Helios 18 AI (PH18-73).

Predator Helios 18 AI (PH18-73) ialah komputer riba berprestasi tinggi dengan spesifikasi setanding komputer desktop, direka khas untuk gamer tegar.

Antara ciri utamanya adalah sokongan naik taraf sehingga 192GB RAM DDR5 dan 6TB storan NVMe SSD.

20250429 Predator Helios 18 AI_01
Predator Helios 18 AI dikuasakan pemproses Intel® Core™ Ultra 9 275HX, didatangkan standard dengan RAM 32GB dan storan 1TB.

Laptop ini dilengkapi dengan paparan IPS Mini LED 2K WQXGA 18 inci, sokongan kadar segar semula sehingga 240Hz (FHD), dengan warna DCI-P3 100% dan mod HDR 1000 nits serta GPU 16GB NVIDIA GeForce RTX 5080.

Untuk sistem penyejukan, ia menggunakan teknologi AeroBlade™ 3D generasi ke-6, kipas ultra-nipis 0.05mm, serta paip haba vektor dan gris haba cecair untuk prestasi termal optimum.

20250429 Predator Helios 18 AI_04
Predator Helios 18 AI turut hadir dengan swis mekanikal MagKey 4.0 untuk kawalan permainan yang lebih tepat, sambungan Wi-Fi 7 dan Thunderbolt 5, serta sistem pencahayaan RGB yang boleh disesuaikan, termasuk jalur RGB MilkyWay dan InfiniteRing ambien untuk estetika futuristik.

Predator Helios 18 AI boleh dipra-tempah sekarang hingga 15 Mei 2025 dengan harga RM19,999 di kedai konsep Acer di seluruh negara.

PR Banner_Helios 18 Ai

Beli barisan produk Acer Predator dari stor rasmi di:’

  • Shopee – https://invl.me/clmom87
  • Lazada – https://invl.me/clmom8a

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Acer Aspire 7, Laptop Gaming Mampu Milik Terbaru Berharga RM3,299
  • Acer Nitro Mobile Gaming Controller Tiba Di Malaysia, Sokong iPhone Dan Android Terkini

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY