Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sns zebra

SNS Network Lancar Jualan Pertengahan Bulan Zebra Technologies, Tawar Hadiah TV Pintar Samsung AI

Diterbitkan Mei 14, 2026 · Dikemas kini Mei 14, 2026 oleh Amsyar Latif

SNS Network (M) Sdn Bhd kini sedang menganjurkan Kempen Zebra Mid-Month Sale menerusi platform e-dagang Shopee dan Lazada, dengan menawarkan pelbagai penyelesaian perusahaan daripada Zebra Technologies pada harga eksklusif.

Kempen ini disasarkan kepada syarikat dan perusahaan tempatan yang ingin meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi merentasi pelbagai sektor termasuk peruncitan, logistik, pergudangan, dan pembuatan.

Antara barisan produk yang ditawarkan merangkumi pengimbas kod bar siri LS2208 dan DS2278, komputer mudah alih Zebra TC21, tablet perusahaan ET40 dan ET45, serta pelbagai model pencetak industri seperti siri ZT111 dan ZT411.

Promosi ini dijadualkan berlangsung bermula jam 8:00 malam, 14 Mei 2026. Bagi pengguna Shopee, tawaran ini akan berakhir pada 15 Mei, manakala pengguna Lazada mempunyai tempoh sehingga 17 Mei 2026 untuk menikmati harga promosi tersebut.

Zebra Mid-Year PowerBuy Reward

Semua harga yang ditawarkan adalah termasuk potongan baucar platform yang tertakluk kepada ketersediaan berdasarkan konsep “siapa cepat, dia dapat.” I

nisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik SNS Network dalam membantu organisasi mempercepatkan transformasi operasi digital melalui teknologi pengimbasan pintar dan pengurusan data masa nyata.

Sebagai nilai tambah bagi setiap pembelian sepanjang tempoh kempen, pelanggan akan menerima Power Bank Aukey PB-Y46 10,000mAh secara percuma. S

elain itu, pelanggan korporat yang membuat pembelian di bawah nama syarikat layak menyertai kempen ganjaran “Zebra Mid-Year Power Buy Rewards” secara automatik.

Melalui kempen ganjaran ini, tiga pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi unit televisyen pintar Samsung 43 inci QLED Q7F 4K Vision AI model tahun 2025 tanpa memerlukan sebarang pendaftaran tambahan.

Pengguna yang berminat boleh melayari stor rasmi Zebra Technologies di Shopee dan Lazada untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai spesifikasi produk dan terma penyertaan ganjaran.

Syarikat juga menyediakan talian khidmat pelanggan bagi membantu mana-mana perusahaan yang memerlukan khidmat nasihat mengenai transformasi operasi digital melalui penyelesaian teknologi yang ditawarkan.

Dapatkan tawaran promosi di:

Lazada – https://www.lazada.com.my/shop/zebra-technologies

Shopee – https://shopee.com.my/zebra_technologies

Berkaitan

  • SNS Network Dan NVIDIA Pilih Cyberjaya Untuk Kilang AI Pertama Di Malaysia
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • SNS OnePlan™ Tawar Langganan 'Laptop AI' HP ProBook 4 G1a Bermula RM120 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY