Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 845 Mungkin Dilancar Disember Ini

Snapdragon 875 Mungkin Cip 5nm Pertama Dari Qualcomm

Diterbitkan Ogos 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menghampiri penghujung 2019, terdapat perkhabaran Qualcomm dijangka membuat pengumuman berkenaan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865. Tidak cukup dengan itu, nama Snapdragon 875 juga sudah mula disebut-sebut dimana ia dikatakan bakal dihasilkan secara kerjasama antara Qualcomm dan TSMC.

Memulakan khabar angin tentang Snapdragon 865, pembuatan cip ini berkemungkinan besar akan bekerjasama dengan Samsung dalam membawakan teknologi proses 7nm EUV seperti penghasilan Exynos 9825 bagi cip Qualcomm tersebut. Snapdragon 865 bakal didatangkan dengan dua variasi yang kini membawa nama kod ‘Kona’ dan ‘Huracan’, mempunyai sokongan memori LPDDR5x dan storan UFS 3.0. Salah satu daripadanya juga berpotensi dilengkapkan dengan keupayaan 5G.

Sementara itu, cip bagi keluaran tahun 2021 iaitu Snapdragon 875 pula diramalkan akan dibangunkan dengan teknologi 5nm dari TSMC sepertimana yang dilaporkan oleh Sina. Sebelum ini, Samsung telah dilaporkan sudah bersedia untuk menghasilkan cip pemprosesan 5nm mereka dan kini ia menimbulkan tanda tanya sama ada  pembangunan itu mempunyai masalah ataupun tidak .

Difahamkan, rekaan seni bina 5nm dari TSMC sudah selesai dan ini seterusnya memberi peluang kepada pengeluar seperti Apple menawarkan cip A14 dengan prestasi lebih baik lagi.

Sumber: Sina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY