Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPU Dari Samsung, Sejauh Manakah GPU Ini Akan ‘Bermain’?

Samsung Dilaporkan Bersedia Menghasilkan Cip Pemprosesan 5nm

Diterbitkan Julai 10, 2019 · Dikemas kini Julai 10, 2019 oleh ariff bukhari

Dijangka akan hadir dipasaran pada tahun hadapan.

Kilang pengeluaran cip pemprosesan Samsung, Samsung Foundry dilaporkan telah memperoleh kelayakan pengesahan dari pihak Cadence dan Synopsys bagi mengilangkan cip pemprosesan 5nm yang berkuasa rendah.

Proses pengilangan cip tersebut bakal menggunakan teknologi extreme ultraviolet lithography (EUV) bagi membangunkan reka bentuk cip yang berprestasi dan cekap tenaga.

Penerimaan sijil pengesahan tersebut bermakna peralatan bagi mengilangkan cip tersebut telah memenuhi keperluan yang diperlukan oleh Samsung Faundry.

Malah dengan menggunakan peralatan tersebut, mereka mampu membangunkan cip yang mencapai kuasa optimum, berprestasi serta dapat memanfaatkan penggunan ruang (PPA) sepertimana yang dijanjikan oleh teknologi 5LPE (5 nm low-power early).

Cip pemprosesan 5nm Samsung itu dijangka akan memberikan sehingga 25% kecekapan logik, meningkatkan prestasi sehingga 10% serta penjimatan pengunaan tenaga sehingga 25%.

Juga dilaporkan bahawa proses 5LPE yang baru ini akan menggunakan lapisan EUV yang lebih banyak daripada proses 7LPP. Proses pengilangan itu dijangkan akan dibuat dikilang Samsung EUV yang terletak di Hwaseong, Korea Selatan.

Kos peralataan bagi produksi cip pemprosesan itu pula dianggarkan sekitar USD4.615 bilion dan akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Pengeluaran sepenuhnya akan bermula pada tahun 2020 akan datang.

Sumber: AnandTech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY