Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Full page photo

Qualcomm Menang Pertikaian Undang-Undang Pelesenan Cip Arm

Diterbitkan Disember 22, 2024 ยท Dikemas kini Disember 23, 2024 oleh ariff bukhari

Pihak mahkamah telah mengumumkan keputusan mereka ke atas konflik antara Qualcomm dan Arm.

Pihak juri telah memutuskan bahawa, pemproses Qualcomm telah dilesenkan dengan betul di bawah perjanjian dengan Arm Holdings mengenai ketidakpastian pengembangan pembuat cip mudah alih itu ke dalam pasaran komputer riba.

Qualcomm dalam responnya terhadap keputusan itu berkata,

“Kami gembira dengan keputusan hari ini. Juri telah membuktikan hak Qualcomm untuk membuat inovasi dan mengesahkan bahawa semua produk Qualcomm yang dipertikaikan dalam kes itu dilindungi oleh kontrak Qualcomm dengan ARM. Kami akan terus membangunkan produk bertaraf dunia terkemuka prestasi yang memberi manfaat kepada pengguna di seluruh dunia, dengan CPU tersuai patuh ARM Oryon kami yang luar biasa.”

Konflik antara Qualcomm dan Arm bermula apabila Qualcomm memperoleh Nuvia pada harga $1.4 bilion pada 2021 lalu, sebuah syarikat pemula yang membangunkan CPU khusus berasaskan ARM.

Pertikaian adalah tertumpu pada kadar royalti yang harus dibayar oleh Qualcomm untuk setiap cip.

Nuvia ditetapkan untuk membayar kadar yang lebih tinggi daripada Qualcomm sebelum Qualcomm membeli firma permulaan itu dan menggabungkan teknologinya menjadi cip di bawah lesennya sendiri dengan Arm pada kadar royalti yang lebih rendah.

Pada 2022, Arm menyaman Qualcomm dan Nuvia atas dakwaan pelanggaran perjanjian lesen dan penyelewengan tanda dagangan dengan mendakwa Qualcomm cuba memindahkan lesen Nuvia tanpa persetujuan Arm.

Tetapi hasil pertikaian itu, juri memutuskan bahawa Qualcomm tidak melanggar lesen itu.

Hasil keputusan pertikaian ini telah membuka persoalan tentang di mana teknologi Arm bermula dan berakhir. Arm melesenkan seni bina pengkomputerannya kepada firma lain tetapi juga menjual reka bentuk untuk teras pengkomputeran.

Jurucakap Arm menyatakan bahawa syarikat itu “kecewa” kerana juri tidak dapat “mencapai konsensus” mengenai tuntutan syarikat dan berkata sejak awal lagi matlamatnya adalah untuk melindungi harta intelek syarikat.

Sebaik keputusan itu dikeluarkan, saham Arm telah turun sebanyak 1.8% dalam dagangan lanjutan, manakala saham Qualcomm pula naik 1.8%.

Berkaitan

  • Arm Akan Batalkan Lesen Qualcomm Untuk Membuat Cip Berasaskan ARM
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • AS Dilapor Rancang Bertindak Ke Atas Syarikat China Ekoran Penemuan Cip TSMC Dalam Pemproses Huawei

Sumber: Reuters, Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY