Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lightfoot EV 1

Skuter Elektrik Dengan Panel Solar Ini Akan Dijual Pada Harga ~RM22,372

Diterbitkan November 15, 2024 · Dikemas kini November 15, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda sukakan sesuatu yang unik, skuter elektrik ini pastinya akan menarik perhatian anda.

Dipanggil sebagai Lightfoot, ia adalah skuter solar yang sedang dibangunkan oleh syarikat Otherlab yang berpusat di San Francisco.

Skuter elektrik ini mempunyai dua panel sisi dengan sel solar yang membantu mengecas bateri tanpa perlu pengecasan luar.

Tapi ia juga tersedia dengan port pengceas 600W.

Di antara panelnya pula terdapat ruang kargo bersaiz 1.6 kaki padu untuk membawa barang.

Lightfoot EV Standard Edition
Lightfoot EV Standard Edition
Lightfoot EV Le Mans Edition
Lightfoot EV Le Mans Edition

Lightfoot dilengkapi dengan dua motor DC 750W yang membolehkannya mencapai kelajuan 20mph (32km/j) dengan julat maksimumnya 37 batu (59km) dengan bateri dicas penuh.

Panel solarnya mampu memberikan pengecasan tambahan dari cahaya matahari sekitar tiga batu (3km) per jam.

Komponen skuter ini kebanyakannya adalah bahagian motosikal standard yang mudah diselenggara.

Skuter elektrik ini dijadualkan akan mula dijual di Amerika Syarikat pada Januari tahun hadapan pada harga USD4,995 (~RM22,372).

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Unifi Tawar Pascabayar UNI5G Percuma 6 Bulan Kepada Pelanggan Home Broadband
  • BYD Sealion 7 Dilancarkan, 2 Varian Ditawar Dengan Harga Bermula RM183,800

Sumber: Lightfoot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY