Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smoker one piece

Skrip One Piece Netflix Musim Ke-2 Dah Sedia, Tayangan Hujung 2024 Atau Awal 2025

Diterbitkan September 11, 2023 ยท Dikemas kini September 11, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada peminat siri One Piece khususnya mereka yang menonton siri One Piece aksi sebenar terbitan Netflix.

Ini kerana siri popular Netflix yang diadaptasi dari anime One Piece bakal hadir untuk musim keduanya.

Ia dimaklumkan oleh penerbit bersama bagi siri adaptasi itu, Tomorrow Studios.

“Kami telah menyediakan skrip,” Marty Adelstein, Ketua Pegawai Eksekutif Tomorrow Studios.

Presiden Tomorrow Studios, Becky Clements berkata sebaik sahaja mereka dibenarkan untuk teruskan lagi, Musim ke-2 akan dilancarkan seawal tahun depan.

“Secara realistik, mudah-mudahan, setahun lagi mungkin, jika kita bergerak dengan cepat… antara setahun dan 18 bulan, kami boleh bersedia untuk siaran.” Becky Clements.

Ia pastinya satu kejayaan besar kepada syarikat itu selepas pelancaran yang kurang berjaya bagi adaptasi aksi langsung “Cowboy Bebop” untuk Netflix apabila siri itu dibatalkan kurang daripada sebulan selepas ia ditayangkan pada 2021.

“Saya rasa, Netflix melihat pelbagai situasi tentang berapa banyak episod yang mereka akan lakukan, adakah mereka perlu membahagikannya?” Marty Adelstein.

Berkaitan

  • One Piece Pecah Rekod Dunia Sendiri, Jualan Manga Terbanyak Di Dunia
  • Siri One Piece Netflix Pecah Rekod, Atasi 'Wednesday' Dan 'Stranger Things'
  • Storan 'Server' Penuh, Toyota Hentikan Operasi 12 Kilang Pemasangan Kereta

Sumber: Variety, One Piece Tweets

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY