Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 7 Pro Bakal Didatangkan Dengan Paparan Menakjubkan

Skrin OLED OnePlus 7 Pro Terima Penarafan A+ Selepas Diuji DisplayMate

Diterbitkan April 30, 2019 · Dikemas kini April 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Cakap-cakap mengenai model OnePlus 7 Pro sudah kedengaran diinternet sejak sekian lama. Sebahagian informasi itu masih belum dapat dipastikan selagi ia tidak muncul secara rasmi pada 14 Mei kelak.

Menambah satu lagi perkhabaran mengenai peranti ini, DisplayMate telah menyatakan skrin paparan OLED OnePlus 7 Pro berjaya merangkul A+ bagi penarafan selepas menjalani ujian dari mereka.

DisplayMate’s in-depth Lab Tests of the OnePlus 7 Pro OLED Display have just been completed, earning our Highest A+ Display Rating. Our in-depth Display Shoot-Out will be published here on May 14.

— DisplayMate Tech (@DisplayMate) April 29, 2019

Walaupunbegitu, hasil ujian yang terperinci tidak diumumkan lagi tetapi ia sedikit sebanyak menggambarkan paparan yang mempunyai ketepatan warna dan kecerahan setanding dengan Galaxy S10, Pixel 3XL dan beberapa lagi.

Penarafan tertinggi ini secara langsung meletakkan OnePlus 7 Pro sebaris dengan peranti flagship dari Samsung, Apple dan Google yang turut menerima markah tersebut.

Ini merupakan perkembangan menarik yang pasti membuatkan peminat teruja dan untuk itu, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi OnePlus 7 Pro yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei nanti.

Sumber: DisplayMate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY